Email kami : info@gagahsatria.com
Hubungi kami : +606 631 4044
HUBUNGI KAMI
+606 631 4044

Laman Utama ::> Tentang Kami

STRUKTUR PENGURUSAN

PENGERUSI

MEJAR JENERAL DATO’ HJ KHLIR BIN HJ MOHD NOR

PSAT DSAP DIMP PAT PKK KAT KMN PNBB Dip strat (UM) mpat psc

Major Jeneral Dato’ Hj Khlir bin Hj Mohd Nor telah dilahirkan di Kg Kubang Kiat, Ketereh Kota Bharu, Kelantan pada 05 Julai 1958. Beliau menamatkan Latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1981 dan ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Kor Risik Diraja (KRD). Jawatan pertama beliau adalah Ketua Terup Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT) pada 6 April 1981.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan Staf di Markas Infantri Briged, Markas Infantri Division, Markas Medan Tentera Darat dan juga jutulatih di Sekolah Perisikan Angkatan Tentera (SPAT). Beliau juga telah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri dari 1995 hingga 2002. Sebagai Kolonel pula beliau telah bertugas sebagai Pengarah, Malaysia Thailand Border Coordination Office (MTBCO), Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri dari 2005 hingga 2007 dan Penasihat Pertahanan di Manila dari tahun 2007 hingga 2009. Tiga bulan sebelum berakhirnya tugas di Filipina, beliau telah dinaikkan kepangkat Brigadier Jeneral berkuatkuasa pada 17 Feb 2009. Sekembalinya dari Manila beliau telah di lantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (TKPPP), di Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Seterusnya pada 26 Mei 2010 beliau telah mengambil alih tugas sebagai Asistan Ketua Staf Perisikan dan dinaikkan ke pangkat Major Jeneral pada 28 Feb 2011 dan kekal sebagai AKS Perisikan sehingga 4 Julai 2018 setelah berkhidmat selama 39 tahun 6 bulan.

Pada 1 Januari 2019, beliau telah diberi mandat untuk menerajui Syarikat GAGAH SATRIA (M) SDN. BHD. sebagai Pengerusi.

TIMBALAN PENGERUSI
PUAN KAMISAH
BT HJ AYOB
PENGARAH URUSAN
PUAN SITI AISYAH
BT HJ MOHD SALLEH
PENGARAH
PUAN RAJA FARHANA
BT HJ RAJA PADZIL SUHAIMI
KETUA PEGAWAI OPERASI
ENCIK STEVEN RAJ
A/L DATO' PAUL JP
PENGURUS PEMBANGUNAN SYARIKAT
ENCIK NORZAINI
BIN HAMZAH
PENGURUS BESAR
ENCIK GUNASEGARAN
MUNISAMY