Laman Utama ::> Tentang Kami
Menjadi penyedia perkhidmatan dan penyelesaian logistik yang disegani
Kami telah mempraktikkan piawaian organisasi tersendiri untuk perkhidmatan penghantaran dan semua aktiviti yang lain. Komitment ini juga membolehkan kami untuk menilai, menambah baik dan memotivasikan setaf, proses-proses, projek, dan amalan.
Nilai teras perniagaan Gagah Satria adalah kesetiaan, hormat, keikhlasan, kerja berpasukan dan fokus pelanggan mewakili budaya organisasi kami bagi mewujudkan perkongsian kepercayaan.
Nilai-nilai teras tersebut menjadi pegangan dan panduan oleh setiap setaf yang berkepakaran bagi menyelesaikan permasalahan pelanggan dalam memberikan penyelesaian komprehensif berkaitan Rangkaian Perbekalan.
Menawar dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan mendapatkan perkhidmatan luar (outsource) dalam aspek pembekalan, pengangkutan, pergudangan dan perkhidmatan domestik dan antarabangsa dalam konteks keperluan logistik pihak ketiga.